Empangan Hoover
Empangan Hoover

Empangan Hoover

Empangan Hoover (Bahasa Inggeris: Hoover Dam) ialah empangan graviti gerbang konkrit di Ngarai Hitam Sungai Colorado dalam kawasan persempadanan antara negeri-negeri Nevada dan Arizona barat daya Amerika Syarikat. Empangan ini menggenangkan air membentuk suatu takungan iaitu Tasik Mead yang terbesar isipadu penuhnya di Amerika Syarikat[1] membekalkan air untuk keperluan kira-kira 18-20 juta orang penduduk dan pengairan ladang kebun meliputi 1,000,000 ekar (400,000 he) tanah[2] di negeri-negeri Arizona, California dan Nevada serta sebahagian utara negara Mexico.[3]Ia telah dibina antara 1931 dan 1936 semasa Zaman Kemelesetan Besar; ia dinamakan sempena perancang dan pemegang jawatan penguasa pemerintah A.S sebelumnya iaitu Herbert Hoover semasa pembinaannya sehingga dirasmikan pada 30 September 1935 oleh Presiden Franklin D. Roosevelt dengan nama Empangan Boulder (Bahasa Inggeris: Boulder Dam) dan kembali selepas dipulihkan Kongres A.S pada tahun 1947. Binaan empangan ini diiktiraf sebagai suatu Mercu Tanda Kejuruteraan Awam Kebangsaan pada tahun 1984.[4] Ia sebelum ini disenaraikan masuk Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan tahun 1981 sebelum diisytiharkan Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan empat tahun kemudian mengiktiraf kerekabaruan yang telah ditunjukkan dalam pembinaan empangan ini.[5]